Wednesday, 16 November 2016

Smart Kids Indoor Playground, Plaza Angsana

0 comments
Bismillah.. As salammualaikum wbt.. 

Minggu lepas 7/10 ke JB ikut ddy ke JB atas urusan kerja. Alang-alang kat JB malam ddy dah free, bawa anak-anak round JB. Sebab last minit ikut ke JB, jadi tak sempat nak survey kat mana nak ronda kat JB tu. Redahh je la.

Kami pun singgah Plaza Angsana lepas dinner. Ada indoor playground yang nampak menarik. Mula-mula taknak la membazir kan, tapi ddy kata nak reward anak-anak coz they did great in their final exam. Keputusan Alhamdulillah cemerlang. :D Jadi bawa juga masuk.

Walaupun indoor playground ni takde la nampak brand new sangat, tapi sangat bersih, tersusun, dan abang kakak yang jaga kanak-kanak kat situ pun friendly sangat dengan anak-anak. Kebetulan kami pergi tu kan weekdays, jadi memang tak padat dengan orang. Maybe kalau weekend or public holiday, penuh la kan.. :p


Tempat pertama yang anak-anak paling excited terjah. 
Sand play. Aleesya Aneesa dan Alham memang suka main pasir kat beach.
Kira ni moden indoor sand. Bagus..bersih. Pasir tak pasir sangat, macam batu-batu kecil.
Rasanya  banyak dah tempat-tempat indoor playground dah ada port main sand ni.



Play pretend. Aleesya nak jadi doktor. Katanya cita-cita nak jadi doktor haiwan. :)
Jiwa memang pecinta haiwan sejati dari kecil. ;)



Aneesa kalau ditanya nak jadi apa bila dah besar?
Nak jadi chef macam mmy! katanyaaa.. ;p
Mmy chef la sangat pada mata dia la kan..haha. 



Alham? Tempat dituju bila kat booth play pretend ni, car workshop! :D
Walaupun Alham membesar most of the time dikelilingi kakak-kakak dan mmy in the house,
syukur jiwa dia tetap kental sebagai lelaki sejati. Tetap minat sangat dengan kereta, and most of his favourite is TRACTOR! Pantang nampak tractor lalu.. bulat biji mata, mulut tak henti excited celoteh tractor yang dia nampak.



Anak kreatif, Aneesa. 
Angkut kereta lari dari track bawa ke sini siap susun-susun kon untuk parking katanya. :D




Cik polis paling comel.. :)




Best, siap ada kostum baju untuk ambil gambar.



Aneesa nak jaga baby kat hospital.



Port pasir ni juga Alham keluar masuk balik. Tak puas dia nak main ni.
Tengok laaa..ada excavator tractor, lagi la dia suka kan. :'D


Mmy dengan ddy pun nak main jugakkkkk..hahah :D
....
...
..
.


Apa senyum-senyum.. ddy suka eh kena tangkap masuk penjara hati mmy? :p

Video slide untuk kenangan..~




Banyak dah playground best dan up to date kat Malaysia ni kan? In shaa Allah kalau berpeluang ke playground tempat-tempat lain pula lepas ni.
Mmy kongsikan apa yang pernah pergi dulu ye.. :)
Next time kita cerita lagi..

Love,
Mummy Eima

Sunday, 13 November 2016

Caliph for Baby

0 comments
Bismillah... As salammualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak dapat try Caliph yang baru ni. Free giveaway dari kak Fel. :)
Happy they all dapat present. :D

Yeay! Dapat Caliph sedap.. Kami suka! :D



Tengoklah..betapa happynya sampai menyanyi-nyanyi lagu tema Caliph. :'D
Lepas ni boleh nyanyi Caliph yang dengan Didi & Friends pula.. :)
(Allah..maaf. masalah teknikal tetiba video ni boleh hilang pula. Nanti mmy cuba upload lain ok..) (T_T)

Baby pun ada supplement ke? Ada ke yang sesuai diambil untuk babies?
Susu ibu yang terbaik untuk baby.. Baby selalu sakit? Antibodi lemah? Susu ibu juga paling win. Ibu makan makanan yang sihat, susu ibu pun jadi berkhasiat untuk baby. ;)

Ada juga yang baby still lemah antibodi walau minum susu ibu. Banyak faktor dah sekarang ni. Persekitaran, permakanan ibu, dan banyak lagi. Yang penting ikhtiar dan tawakal pada Allah.
Bila baby dah 6 bulan ke atas, beri dia makanan yang sihat dan sessuai untuk umurnya. Jangan main hentam je bagi semua dia telan tau! ;)

Contohnya Caliph stage 1 for baby ni, untuk baby yang dah berusia 7 bulan ke atas. Yang bawah dari tu, please say NO untuk beri makanan selain susu ibu ye. :)
Bila mmy semak ingredients list Caliph Stage for Baby (Stage 1) ni dengan yang Caliph for Kids yang ada kat rumah ni, in shaa Allah yang ni sesuai untuk baby yang dah mula makan solid food. 
Antara bezanya, stage 1 ni takde madu. Baby under 1 years old kan tak boleh consume madu. Tentang ni you all boleh rujuk doktor dan pakar-pakar yang lebih arif ye.


Ingredients Caliph for Baby (purple label) dan Caliph for Kids (orange label).

After cuba yang Caliph for Baby (mmy test rasa dulu sebelum beri anak-anak..hehe), rasanya yang ni lebih lite dari yang Caliph for Kids. Manis-manis masam *less masam dari yang for kids tu. Tetap sedap! :) Lebih sesuai dengan taste buds babies. Kalau masam sangat nanti, terkemut-kemut muka baby nak telan pula..haha. ;D


Ni contohnya masa Alham try Caliph for Kids. Masa ni Caliph for Baby belum ada kat pasaran. Tapi Alham ni dah baby 1year+ time ni. Terkemut-kemut juga muka sebab masam-masam, tapi nak telan juga sambil selingan nyanyi mama nak caliph..haha. Sebab tengok kakak Aneesa dan Aleesya syok telan Caliph sambil nyanyi "Mama nak Caliph..". :D

Ok, sekian perkongsian dan review ikhlas dari mmy. Kalau you all nak cuba tapi khuatir dengan keadaan anak, sila consult dengan doktor atau pakar pemakanan bayi tau. In shaa Allah ok..

Love,
Mummy Eima


Friday, 11 November 2016

Kek Pisang Gebu

0 comments
Bismillah.. As salammualaikum wbt...

Kek ni dah lama buat. Tiba-tiba terasa nak buat lagi. Jadi kena godek balik resipi yang mmy guna dulu. Nasib baik jumpa. Jadi, kita paste kat sini supaya next time nak cari senang. :)


Texture memang sangatlah lembut, gebu dan ringan. Tapi tak terlalu kering, just nice. Sedap gandingan untuk minum-minum petang ni. Breakfast pun sedap. Anak-anak makan berulang-ulang. Sedaplah tu kan.. :D

Mmy guna resipi yang melintas kat newsfeed facebook. Dari Kak Azlina Ina yang famous dan murah hati selalu share resipi best dan yang penting in shaa Allah menjadi. 

RESEPI KEK PISANG GEBU 
Resepi asal: Azlina Ina
Di 'try' oleh: Mmy Eima.. :p

Bahan-bahan: 

*3 biji pisang (mmy guna je pisang apa yg ada. Yang penting dah lenyek/blend, ia menjadi 1 cawan).
*3 biji telur.
*1sb ovalette.
*1@3/4 cawan gula perang (mmy guna 3/4 je. Pisang dah manis-manis buah).
*3/4 cawan minyak masak.
*2 cawan tepung gandum.
*1sk soda bikarbonat.
*1sk baking powder.
*esen pisang (mmy takde, letak esen vanilla je.. :p)
* mmy tambah sikit letak chocolate chunk/chips dalam adunan).

Cara-caranya ringkas je. Boleh ikut step by step kak Azlina Ina dalam bawah ni ye. 








Resipi asal kat link FB cikgu Azlina Ina ni:

Selamat mencuba! 

Love, 
Mmy Eima







Aleesya 7th Birthday Celebration at School

1 comments
Bismillah.. As salammualaikum wbt..

Kami tak pernah buat sambutan hari lahir anak-anak di sekolah walau di tadika. Biasanya hanya buat kenduri sambutan kecil-kecilan dengan family je. Jadi, kali ni memang first time pengalaman nak beri Aleesya rasa sambut birthday dengan kawan-kawan. Boleh ke buat birthday party kat TAHUN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN ni? Errr...~ :p

Birthday Brownies Cake! Special mommy's touch with love.. :)

Mmy pun tak pasti sebenarnya boleh ke tak..hehe. Biasanya agihkan goodies bag. But before this, ada parents rakan kelas Aleesya juga pernah buat jamuan simple kat kelas, so..mmy pun text message dengan guru kelas untuk dapatkan kepastian dan keizinan. Iyelah..ni bukan sekolah tadika yang boleh curi-curi masa untuk anak-anak terlebih enjoy kan..hihi. :p Mmy pun taknak la menganggu masa pembelajaran persekolahan. Jadi, after discussion.. cikgu cadangkan lebih sesuai buat pada waktu rehat. Kebetulan lepas rehat tu memang waktu subjek guru kelas. :)

Sebenarnya.. 7th Birthday Aleesya jatuh pada 9 Oktober 2016, hari Ahad. Kami dah celebrate sekeluarga (mmy, ddy, Aleesya, Aneesa, Alham), kek sepotong, lunch together, spend time ambil angin pada hari Ahad tu. Kebetulan.. Ummi baba sekeluarga (my in law family) time ni outstation ke Medan, Indonesia sebab ada jemputan majlis perkahwinan. Jadi.. Aleesya request nak juga sambut dengan kawan-kawan. Mmy ddy setuju, nak bagi anak-anak happy. Bagi meriah sikit dalam hatinya untuk hari lahirnya yang ke-7 ni. Walau mmy dah kalut last minute sangat-sangat nak prepare sambut esok dengan kawan-kawan. Ddy work pula tu kan.. (T_T) Nasib baik ddy memberi sokongan moral dan bantu banyakkk benda untuk preparation. Tinggal beberapa perkara nak mmy settlekan dan untuk uruskan di sekolah pula.

Untuk catatan, checklist perlu ada. Supaya mana yang kurang atau terlebih boleh diperbaiki di masa akan datang. Maybe membantu juga untuk you all. boleh laaa sikit-sikit nak buat rujukan kot.. hehe.

Checklist Birthday Celebration with Classmate:

1) Birthday Cake:
     *Beli atau buat?
       - yang ni boleh prepare awal. Simpan dalam chiller. Make sure portion cukup untuk semua murid-murid.
Mmy decided buat brownies je. Simple dan senang simpan dan handle. Fridge penuh.. :p
Lagipun kurang berkecah anak-anak nak makan dalam kelas. Kalau kek cream, comot takut kena baju sekolah yang suci lagi bersih.

2) Meal
    * Simple dan kenyang. Healthy. ;p
contoh: Nasi lemak, mee/bihun/kuey teow goreng/ spagetti
side meal: sandwich, fruits.
Mmy masakkan nasi lemak je. Last minit katanya kan.. :p
     * Jangan lupa prepare sudu garfu pinggan dispossable.
Mmy dah siap-siap bungkus nasi lemak satu-satu. Nampaknya lebih ringkas dan mudah
diuruskan untuk anak-anak dalam kelas. Tak digalakkan cara buffet.

3) Air Minuman
    * Yang dah siap pack. Contohnya air kotak, mineral water dalam sealed cup/ botol.
Mmy beri air mineral dalam sealed cup. Sebab tak tau kalau ada anak-anak yang alergik susu, etc. Risau sebab Aleesya juga ada alergik, selalu pesan kat dia tak boleh suka-suka telan makanan/minuman tertentu. Tapi, kanak-kanak kan namanya.. Ambil langkah selamat lebih baik.
Mmy letak air terus dalam goodies bag, senang nak agihkan sekali harung.

4) Goodies
    * Stationaries/ toys. Ddy pilih pensil 2B dan pemadam. Sebab final exam pun tinggal beberapa hari je lagi nak start :p In shaa Allah ada manfaatnya juga. :)
    * Makanan sampingan. Mmy letak kek macam apollo/oriental/wafer.

Layan gambar kenangan Jamuan Hari Lahir AleesyaElvira ke-7 dengan rakan kelas Tahun 1 Arif.


Dengan rakan-rakan kelas.. Seronok Aleesya. Senyum meleret je sepanjang majlis. ;)


Dapat angpow special birthday Teacher Azizah Elias. Thank you teacher!
Teacher kesayangan 1 Arif.


Saya 7 tahun dah! :D


Teacher terbaik! :)


Posing konon nak potong kek. Tapi actually brownies ni dah siap-siap potong dah. :p


Kenangan birthday Aleesya. Ddy work..kalau ddy ada lagi seronok! (-_-')
Next time in shaa Allah.. Moga ddy diberi lebih kelapangan masa dengan keluarga lepas ni.
Time freedom, financial freedom soon..in shaa Allah. :)


Thank you so much teacher. Selesa dan mudah sangat berurusan dengan teacher.
Terima kasih beri keizinan dan bantuan menguruskan jamuan hari lahir untuk AleesyaEvira. 

Jom tengok video rakan kelas Aleesya tujukan lagu birthday untuk birthday girl seorang ni.
Serius...senyum meleret je dia.haha.. Habis majlis je kata dia sakit perut. Ddy kata suspek sebab dia nervous stand in public. ;D




Koleksi slide photo 7th Birthday AleesyaElvira at School.


Ok, sekian dulu throwback kali ni. 
Special thanks pada ddy tolong packing goodies, potong timun, boiled-peel-cut the eggs, uruskan anak-anak pada malam sebelum kejadian. 
Mmy kena practice bungkus nasi lemak lepas ni. Kalut bungkus nasi lemak pagi-pagi.
Siapa nak resipi nasi lemak special mmy???hahaha..special and healhty version tau. :p

Love,
Mummy Eima 

Thursday, 10 November 2016

Permintaan Pembaca Tegar Blog

0 comments
Bismillah.. As salammualaikum wbt..

Lama betul tak update apa-apa dalam blog ni. Rindu nak menaip berceloteh kat sini. In shaa Allah.. Nak refresh balik blog kesayangan hamba ni, atas permintaan pembaca setia juga. Heheh.. 


Ada orang stay up malam tadi, godek-godek post entry yang lama-lama dalam blog ni rupanya. Hihi.. Thank you sayang... Setia membaca blog mommy walaupun dah takde update. ;)

Pagi-pagi dapat text message from my beloved husband. Keep writing! In shaa Allah.. 

Bukan taknak menulis blog lagi. Tapi macam-macam bermain di fikiran untuk menulis blog dan publish untuk public. 
Setelah difikirkan..sebenarnya banyak juga kebaikan berblog ni. Dah dapat izin dan sokongan suami tercinta.. Jadi, mari kita menulis semula! 

Harap coretan mummy di sini memberi manfaatnya..in shaa Allah aameeen..

Love,
Mmy Eima


Monday, 30 May 2016

Comot Masam di Playground

0 comments
As salammualaikum wbt.. :)

Comot masam asal happy! ;D 
Bangun tidur terus menuju playground. 
Mentang-mentang playround setapak dua je dari rumah. Buka-buka pintu dah nampak playground. :')

Hari Isnin pertama cuti sekolah mid-year. Boleh lah berpagi-pagian di playground sambil hirup udara segar, berpeluh-peluh, menyerap sinar pagi.. Biasanya pagi dah buzy uruskan anak-anak sekolah, hal-hal rumah. Ni boleh la relax sikit tak terkejar-kejar..hehe. 


Kakak Aleesya dan Aneesa main catch butterfly. Semalam daddy belikan insect net ni for kids. Thank you daddy!
Happy they all main. :)
Net beli kat Daiso, rm5.30/satu. 

Lepas tangkap, lepaskan. Bagi lari-lari keluar peluh. 

Playground ni kecil je. Kalau petang-petang memang penuh, takde chance nak main. Semua abang kakak kawasan dah conquer. Jadi, pagi adalah waktu yg sesuai. Cuaca pun best. ;)


Selamat bercuti semua! Dan salam ramadhan. :)

Kami belum plan lagi aktiviti anak-anak untuk cuti sekolah ni.heheh.. 


Sunday, 17 April 2016

Bawa Abah ke Pakar Mata

0 comments
Bismillah.. As salammualaikum wbt..

17.04.2016... Hari ni bawa abah mommy (kids' atok) ke hospital untuk check up mata. Best Johor ni, Ahad hospital beroperasi kan, jadi daddy Sunday off boleh tolong jaga anak-anak kat rumah. Tak prefer nak angkut anak-anak ke hospital semua. Kalau shopping complex boleh angkut.. :p

5.04.16 lepas, abah buat pembedahan mata buang selaput. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Jadi hari ni nak tengok ok ke tak. Kalau semua ok, in shaa Allah akan proceed next step untuk letak kanta. 


Thank you so much to my hubby sbb tolong jaga anak2 sepenuh masa dan tenaga dengan jayanya! Daddy is the best! :)


Next month check up lagi. Harap semuanya ok. 



Wednesday, 13 April 2016

Ole-ole dari Korea

0 comments
Bismillah... As salammualaikum wbt... :)

Annyeong haseyo... ;)

My MIL baru balik holiday kat Korea, nikmati bunga sakura. Wahhh..best sangat. Tumpang gembira setiap kali MIL hantar update kat group whatsapp family. :) :)

Anak-anak dan menantu-menantu serta cucu-cucu kesayangan haruslah dapat "tempias" dari Korea juga kan..hikhik. Masing-masing berpusu-pusu kerumah MIL menyambut kepulangan ole-ole..eh, takkk.. hahaaa.. Gurau je.. :p Menyambut kepulangan ibu bapa tersayang..Alhamdulillah selamat perjalanan mereka..tu yang paling penting bagi kami. :)


Buah strawberry fresh dari Korea. Subahanallah... Sangat manis dan juicy!
Gebu buahnya.. nikmat terasa bila buah strawberry ni masuk mulut sambil pejam mata bayangkan bunga sakura berguguran... :')




Segala macam ole-ole ada..
Pensel case untuk Aleesya dan Aneesa.
Kain baju pasang made in Korea untuk ladies in the house (boleh tempah baju raya dah.. :P).
Sheet masker untuk mommy (makin jelita lah mommy..hakhak..)
Baju kemeja kotak-kotak untuk daddy (sedap kainnya..makin smart daddy :D).
T-shirt ..I love Korea untuk kids.
Key chain..haa..berebutlah semua orang!hehehee.. :0


Sedap sangat strawberry ni. Jadi manfaatkan sepenuhnya.. Sayang kalau rosak.
Anak-anak bawa bekal strawberry. Kejap je dah licin kat rumah ni.
Strawberry tak boleh simpan lama-lama. 
Nak gi petik kat Korea belum masanya lagi.. :'D

Belum dapat jejak kaki ke korea, dapat sourvenir dari Korea pun sangat bersyukur. Alhamdulillah..terima kasih Allah, terima kasih ibu ayah. :)

Love,
Mommy ima...~:)

Tuesday, 12 April 2016

Ikut Shooting Elvira Studio - Birthday Party

0 comments

Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Ahad lepas (10/4/2016), my hubby ada job photographer untuk birthday party. Client ni dah banyak kali ambil Elvira Studio dalam pelbagai event diorang. Last 2 weeks, ada majlis aqiqah cucu client yang sama. Alhamdulillah..rezeki serasi urusan Elvira Studio dengan mereka. 


Birthday party ni my hubby ajak sekali datang. Tuan majlis jemput kami anak beranak memeriahkan majlis sekali. Kebetulan, weekend yang lepas tak ada apa-apa planning family weekend. Mula-mula mommy rasa taknak pergi juga. Segan + taknak ganggu my hubby tengah kerja. Mood kerja dengan spend time together as a guest berbeza kan..hehe. 


Lokasi Holiday Inn Hotel, Melaka.

Decorasi Function Room. KF Event sebagai organizer. 

Penampilan khas, Minion!
Antara character fav si kecik Alham.. :)





Aleesya, Mommy, Alham dan Aneesa.

Main..dan main. Sampai tumbang tiang belon ni. (O.o)

Puas kakak kecik ni main dengan Alham. BAru kenal, Alham nak main dah.



Kami lagi..Lama tunggu event nak habis.

Fav main telefon. Gasak mommy kena layan..fuh.. :'D

Bergambar dengan minion. Alham excited tengok dari jauh. Sampai dekat-dekat,
tergamam!
dekat lagi nak snap photo.. "nanaaakkkk..."keluar suara dia.haha.. :'D 


Kesian daddy, nak makan pun cepat-cepat curi masa sebab nak catch up snap photo event. :')

Alhamdulillah..selesai aktiviti ringkas hujung minggu lepas. Syukur dapat luangkan masa bersama-sama keluarga tercinta, walau event ni rasa kekok sikit sebab daddy (my hubby) dalam mood bekerja sebagai photog. :p

Love,
Mommy ima..~♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men