Friday 25 August 2017

Cars 3 The Movie

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Excited mommy dapatkan ticket movie premiere untuk Cars 3 The Movie. Masuk contest. Menang. Nak dapatkan extra tix lagi. Wahh.. Thank you Nuff! :)

Unfortunately, on the date of movie premiere (23rd August) tak dapat juga join. Daddy start busy with his job project time tu. Mommy dah la tak hilang lagi frustated tak dapat pergi IKEA (opps! Haha). Tapi redha, sebab tahu pasti ada hikmahnya. 

Entry photo post contest yang mommy join:-

Alham..
Nufayla... ;p


Aneesa.. 

Aleesya.. 

DM from Nuffnang. Mommy excited, syukur Alhamdulillah.. :)



Tak ralat sangat walau tak dapat pergi movie premiere ni. Jauh kan.. We all kat Melaka, tempat kejadian kat Sunway Pyramid (tempat selalu we all pergi kan.. spend family weekends masa stay kat Shah Alam dulu... :') )

Daddy pun at last dapat juga spend masa 2/9 bawa anak-anak pergi tengok movie Cars ni. Yeay! Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih, bawa rombongan cousins anak-anak belah daddy. Kalau cousins anak-anak belah mommy dekat, memang dah ajak join sekali. Seronok anak-anak, meriah..



Best tak Cars 3? 
Mommy personal review: mommy bagi 7/10. Frust sikit sebab last McQueen jadi macam tu. Mommy bayangkan lagi hebat.hehehe.. Takmo citer lebih, kesian yang belum tengok..nanti kurang syiok. So far, jalan cerita memang ok. Takde la boring macam citer angry bird. Hahaha.. Opps..sorry. Personal review je ni. 


Love,
Mommy ima..~

Sunday 13 August 2017

Baby 6 months Solid Food

Bismillah.. As sapammualaikum wbt.. :)

Masa baby Afeera masuk 6 bulan, mommy ada story kat blog yang mommy delay sikit masa untuk beri solid food. Sebab masuk je 6 bulan, mommy try beri mashed banana + ebm, tapi nampaknya baby masih belum telan dengan proper. 

After 6m2w, mommy try lagi buat solid food. Alhamdulillah.. Baby Afeera dah start menelan dengan proper dan semangat nak makan. Yeay! ;D

Mommy start dengan puri buah.
Mommy masih lagi apply 4 days rule baby food untuk make sure kenal pasti if baby alergi atau tak sesuai dengan jenis makanan tu. 

Ok, first round 4 days rule (or more..hehe) mommy start dengan puree APPLE + DATES. 
Peel apples, cut into small pieces and steam. Mommy steam sekali dates, then peel kulit dates yang agak keras-keras lagi and make sure take out the seeds. 
Biar suam, and blend. 
Simpan dalam baby storage/ice cube untuk frozenkan. 


Alhamdulillah, baby Afeera suka apple + dates. Second round, mommy buat lagi, tapi baby Afeera macam kurang excited masa makan. Sebab mommy terpaksa guna apple fuji yang maybe macam masam sikit baby Afeera rasa (itu je stok ada masa tu... T_T) 
So, untuk baby puree apple ni, mommy suggest guna red apple jenis RED DELICIOUS, atau GALA. Ok? :)

Next menu, baru nak try CARROT + DATES. 


Ok, nanti mommy share lagi. 

Love, 
Mommy_ima~


Friday 11 August 2017

Spin Mop Review

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Lama tak review barang yang mommy guna. Hari ni nak share experience guna spin mop yang nampak macam best ni. Ada jual banyak online. Contohnya GoShop, CJWow, Lazada, etc.. Kat offline sesetengah kedai pun ada ternampak jual ni. You all kalau berminat, boleh la survey kat mana yang berkenan. 


Daddy belikan 'toys' baru mommy ni kat Lazada. Warna favourite mommy, green. Excited kejap nak guna. ;)
Dalam wish list mommy, sebenarnya cuma teringin nak spray mop Rubberma*d tu pun dah cukup. ;p 
Dah daddy tergoda dengan spin mop ni. Jadi daddy belikan mop yang lagi gedabak besar ni, harga pun lagi up..mommy terima je dengan tangan yang terbuka tanpa banyak bicara. :p
Spin mop kat Lazada ada banyak jenis tau. Ada yang harga dari RM30+ hingga RM100+ pun ada. Daddy dah survey specification tu, daddy beli yang RM100+. Daddy kata, mesti ada sebab kenapa mahal kan. Hmm..no komen. :') Tapi kadangkala, tak semestinya murah tak serasi kan..hee~ ;)
Apa kelebihan yang mahal sikit ni selain dari yang biasa? 

Pros:
Heavy duty material - rod daripada stainless steel. 
Ada pedal untuk spin dry mop lepas celup air.
Ada lubang untuk buangkan air. Jadi bila siap mop, takyah tongangkan nak keluarkan air banyak yang berat. 

Cons:
Berat sikit. Boleh bina muscle mommy. Hahaha. ;D
Susah sikit nak lock supaya jangan pusing sekali masa mop lantai. 
Kat kepala mop yg besi bulat pegang kain mop tu, besar. Rambu ramba tu pendek sikit, jadi masa mop tu kalaulah rambu ramba tu tak balance, besi tu akan bergesel dengan lantai. Mommy ngiluuu sikit. >.<
Nak menyimpan perlukan ruang. 
Walau ada roda, agak mencabar jugak setiap kali nak angkuttt keluar masuk stor-tandas. 

Specification lengkap, boleh view link ni:
http://www.lazada.com.my/easy-spin-mop-micro-fiber-cloth-wpedal-wheels-amp-stainlesssteel-basket-19908428.html?spm=a2o4k.category-250103000000.0.0.dbAoFu&ff=1&sc=ER8y

Mommy so-so je dengan mop ni. Tak recommended sangat for me. Walaupun pada mulanya tengok kat goShop bila tengok orang tu promot, iols tergoda.hahaha.. :')
*spraymop masih menjadi idaman hati..hehehe.

Pakai mop tisu beli kat daiso pun mommy dah cukup gembira tau. Itu juga yang mommy capai dulu kalau nak pantas. Terbaik mop daiso tisu ni untuk mop rambut bersepah kat lantai. \(^_^)/

By the way, mommy guna floor cleaner liquid Basic-H ni dah lama dah. Masih setia dan belum pernah bertukar. 
Oddorless. Safe. 
Mommy selalu letak sikit dettol dalam air untuk mop juga.




Teringin juga nak beli brand lain yang natural dan bau segae bugar.
Tapi, sayang $ juga nak invest sebab bukan murah sangat. 
Pastu takut juga bau tak serasi dengan loobang hidung ni..haha. Paling tak best bau menusuk, boleh sakit kepala jadinya. (-_-) 
Pastu, tak tukar-tukar jugak brand lain sebab pakai basic-H ni macam tak habis-habis. Apesal eh? ;*
Jimat dan tahan lama tau rupanya. 

Ok, itu je setakat ni yang teringat nak taip.
Disclaimer: ni review hanya pendapat peribadi mommy.Lain orang mungkin lain serasinya. Mommy just nak share jika ia membantu sesetengah pihak. 

Love,
Mommy_ima~
@ 3:39 a.m. -aik? Malam-malam buta lagi menaip hari ni. (@_@") monitor anak-anak yang kejap-kejap terkejut ni haa bunyi guruh kilat petir, hujan lebat.. ;)

Thursday 10 August 2017

Bermula Semangat Sambutan Hari Merdeka

Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Bulan Ogos je ingat hari Merdeka. Dah mula nampak bendera Malaysia berkibar-kibar. Rumah kami pun daddy dah pasang bendera. Balance bendera yang daddy beli untuk sambutan hari merdeka kat sekolah agama kakak Aleesya. Nak guna cuma 1 je, tapi kena beli 10 terus. Sebab kedai tu dah siap-siap jual 10 ketul dalam sepeket. :p Hehehe.. Takpe. Ada hikmahnya. Rumah terus awal-awal berseri dengan semangat Merdeka tau! ;)

Sambutan hari Merdeka kat sekolah agama kakak Aleesya nampaknya awal-awal dah selesai. Simple je.. Syukur dan bersederhana.. Kibar-kibar bendera. Sejam sebelum pergi sekolah agama, baru kakak Aleesya teringat minta tolong daddy beli bendera. Kalut terus daddy start kereta keluar dengan kakak Aleesya cari bendera. :'D


Sekolah agama tahap 1 (tahun 1,2 dan 3).

Untuk sambutan kemerdekaan sekolah kebangsaan tahun 2017 ni, tak pasti macam mana pula. Guru kelas kakak Aleesya tengah cuti bersalin. Buat masa ni, takde group whatsapp kelas, takde whatsapp nombor fon guru ganti. Redha je la.. :')

Baju kemerdekaan kakak Aleesya masa tahun lepas (2016), dah ada guru tahun 1 ambil pinjam. Mommy pun tak dapat info apa-apa, jadinya dengan rela hati beri pinjam. Harap cikgu pulang balik sebelum 31 haribulan, kami nak guna sebab nak sambut merdeka. :)

Baju bendera Malaysia kakak Aleesya. Special custom made, tailornya ibu Zahraa. Mommy siapkan bahan je. Memang terbaik! Dapat nombor 2.. Alhamdulillah..

Mommy sempat record masa "fashion show" pertandingan Gaya Merdeka kakak Aleesya tahun lepas tu. ;) Mommy kan busy body masa Aleesya tahun 1 tu, semua nak tahu.hahaha.. Cikgu pun bagi green light je mommy nak datang. Siap bagi tips jawapan kalau pak guard tanya kenapa nak masuk sekolah. :') Sepatutnya tu cuma internal progam je. :D mommy terharu tau dengan guru kelas kakak Aleesya masa tahun 1 tu. 


Ni videonya.. Kagum tau anak-anak kecil baru 7 tahun, tapi berani naik atas stage. 
Macam-macam gaya, macam-macam ragam. Penonton pun terhibur sama.. Memang menceriakan hari kami betul anak-anak cemerlang ni tau. :'D

Ok posing dengan mommy jangan dilupa. ;D


Maafkan rupa mommy yang comot. Nak cepat masa tu, sarung je apa sempat, touch up pun tak berapa ada mood. Masa tu dah pregnant kan Afeera, dalam 4 bulan macam tu kot. :D tu yang muka bertambah bulat. :')

Ok, Aneesa pun ada baju bendera tau. Special custome made juga, by mommy. :) skirt kembang je yang menjadi, maaf ye anakku sayang.. Itu je yang menjadi kenyataan, dalam bayangan mommy, macam-macam boleh buat kononnya. Tapi, Aneesa pun menang juga tau. Yeay! Alhamdulillah.. 


Gambar comel kakak Aleesya dan Aneesa dengan baju bendera Malaysia. 


Ok, setakat ni.. gambar ni je mommy sempat jumpa untuk throwback sikit sambutan merdeka. Yang lain dah transfer dalam komputer. Tapi, malangnya komputer tengah tak boleh on. Mommy tak tahu apa masalahnya. Harap masih boleh diselamatkan lah. :') Sebab semua gambar kenangan dari mommy tunang dengan daddy, dalam tu je. Belum sempat mommy buat back up.. :'(

Ok, ada satu lagi gambar merdeka. Sambutan Merdeka daddy, join konvoi perbarisan merdeka kereta mini cooper.. :) gigih mommy daddy hias mini cooper ni. ;) 


Lately ni daddy seorang pemalu. :p Atas request daddy, kita hide sikit muka daddy. (^_^)

Alhamdulillah.. Ada juga saki baki gambar mommy cedok dari private instagram mommy. Maaf ye kawan-kawan yang request untuk follow ig mommy yang ni, mommy tak dapat nak approved. (-_-") Takpe, tak rugi pun tau, sebab banyak gambar mommy yang perasan dan syiok sendiri je lebih dalam tu ;D untuk koleksi mommy sendiri di hari tua. Hahaha.. :D 
kalau nak follow ig mommy juga, boleh follow yang lagi satu, @healthybeauty_my. ;p

Gigih mommy siapkan taip entry panjang-panjang malam-malam buta ni sambil stay up jaga Alham demam. 
Semoga AlhamNaufal diberi kesembuhan yang sempurna, sihat tubuh badan dan akal fikiran.. Aamiiin.. 

Love,
Mommy_ima~
10/08/17 @2:08 a.m.



 

Friday 4 August 2017

Baby Afeera is Now Half Year Old

Bismillah.. As salammualaikum wbt... :)

Lama tak update, sedar-sedar dah 6 bulan 3 minggu umur our little miracle baby, Afeera Nufayla. 



Alhamdulillah.. So far so good. Mommy bersyukur dengan perkembangan Nufayla yang baik dan sempurna. Nak kata cepat sangat pun tak, nak kata slow sangat pun tak. Just nice for us, alhamdulillah. ;)

Afeera 6m milestone:-
- Late 5 months dah merangkak dan maju bertapak-tapak, dan accidently terduduk sendiri. Pastu dia buat muka pelik taktau nak buat apa. Mommy clap hand, baru afeera nampak happy and feel normal. Hahaha.. Then banyak kali afeera try duduk, banyak kali juga bergelimpangan. Whoopsy! :')
- early 6 months dah start duduk tegap. Alhamdulillah..
- baru je duduk tegap, dah capai sofa konon nak diri. Ececee.. Bergelimpangan lah lagi..hiks. :p
- now, dah diri tegap dengan pautan. Kalau tak berpaut, masih bergelimpangan. Tapi its look like afeera nak belajar start imbangkan diri sekali sekala. Kita tunggu dan lihat. ;)
- solid food? early 6 months mommy tried suapkan mashed banana + EBM. Hmm.. Belum berapa nak menelan. Hehehe.. So, mommy decided untuk delay start beri Afeera solid food. Will continue on baby solid food soon. 

Throwback sikit Afeera's monthly photo:
















Okay, tak sempat lagi nak story tentang pipi Afeera yang sensitif. 
Actually, skin Afeera nampaknya sensitif. Rasanya, start nampak terserlah dalam 2-3 bulan lepas. Rashes kat pipi. Then rashes tu siap berair. Now, alhamdulillah nampaknya dah beransur pulih. Nanti in shaa Allah mommy share apa yang kami ikhtiarkan untuk baby sensitive skin ni. 

Love, 
Mommy ima~❤️
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...